TIPS DAN NASIHAT

Tips Amalan Pemakanan Sihat


  • Jangan makan dan minum sambil berdiri, 
    berjalan atau baring.

  • Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan 
    Khamis) bagi menyihatkan perut.

  • Jangan makan makanan yang terlalu
     panas
     atau terlalu sejuk (makanan/minuman 
    yang baru dikeluarkan dari peti ais atau
     penggunaan ais batu sangat tidak 
    digalakkan.

  • Kurangkan makan makanan berminyak 
    (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.

  • Kurangkan makan makanan mengandungi 
    garam dan gula yang tinggi.

  • Kurangkan minuman manis, mengandungi
     kafein dan gas.

  • Elakkan makan makanan mengandungi
     bahan perasa, bahan pengawet, MSG, 
    dan bahan pewarna.

  • Amalkan minum jus buah atau makan 
    buah-buahan seperti kurma, betik, pisang
     dan lain-lain pada awal pagi. 
    (Petua orang dulu-dulu ialah mulai
     makan/minum benda-benda yang belum
     bermasak pada awal pagi

  • Disyorkan makan nasi sehari sekali 
    sahaja jika tidak bekerja kasar.

  • Pilih lauk yang seimbang dari segi zat
     dan vitamin.

Biasakan makan makanan/minuman 
berasaskan kacang dan bijirin kerana ia
 adalah sumber protin dan bahan
 terbaik untuk kecerdasan minda..


 Wajib bagi seorang isteri:
i. Merendahkan pandangan dan suara di
 hadapan suaminya. 
  Keterangan:
Isteri juga perlu menjaga kesantunan 
di hadapan suaminya. Inilah yang dikatakan
 merendahkan pandangan. Banyakkanlah 
menghadiahkan senyumanuntuk suami bagi 
keharmonian rumahtangga.
Suami bagi si isteri bak ibarat ibu dan 
bapa bagi anak-anak. Isteri tidak boleh 
memarahi suaminya dengan menengkingnya.. 
isteri boleh nasihati suami dengan hikmah.

 ii. Tidak berkhianat terhadap suaminya 
ketika ketiadaan suaminya, termasuklah 
hartanya.
Keterangan: 
Khianat ini ada banyak caranya, contohnya 
si isteri membenarkan rakan lelaki sekerjanya 
menyentuh kulit tangannya, tak kurang juga 
mengadakan hubungan cinta atau hubungan 
sulit. Untuk harta suami pula ialah dengan
 tidak menjaga pemberian suaminya atau
 menghargainya.

 iii. Menunaikan hajat suaminya
 (jika diminta oleh suami) 
biarpun di waktu sibuk atau susah 
(ditamsilkan oleh Rasulullah SAW, walaupun 
diatas belakang unta)
Keterangan:
Isteri masa kini ramai yang terpelajar, bahkan
 ada di antara mereka yang mendakwa suami 
di mahkamah kerana merogol mereka. Kejadian 
ini sepatutnya tidak berlaku. Hubungan 
rumahtangga yang sepatutnya terjalin dengan 
kasih dan sayang. Ramai isteri seolah-olah 
merasakan suami tidak mempunyai hak
 untuk meminta perhubungan kelamin pada
 bila-bila suami minta.

 iv. Meminta izin suami untuk keluar dari 
rumah. Kalau keluar rumah tanpa izin suami 
maka si siteri akan dilaknati malaikat sehinggalah
 si isteri itu kembali.
Keterangan:
Ibu bapa yang sayangkan anaknya akan segera
 bertanya dan meminta anak-anaknya memberitahu
 pergerakan arah tuju anak-anaknya. Begitulah
 keadaannya si suami. Sesungguhnya  duhai
 si isteri janganlah menafikan martabat suamimu itu. 
Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya: 
 " Sunguh-sunguh meminta ampun untuk seorang 
isteri yang berbakti untuk suaminya iaitu oleh 
burung-burung di udara, ikan-ikan di dalam air 
dan malaikat di langit selama si isteri sentiasa berada 
di dalam keredaan suaminya. Dan sesiapa sahaja 
di kalangan isteriyang tidak berbakti kepada suaminya,
 maka ia mendapat laknat dari ALLAH dan malaikat
 serta semua makhluk di muka bumi."