KELUARGA

DOA ISTERI PENDORONG KEJAYAAN SUAMI

Bagi membentuk keluarga bahagia, isteri perlu berdoa supaya keluarganya hidup dalam harmonis, diberi keselamatan dan kekuatan iman.Doa seorang isteri

untuk suami memang mustajab kerana jika wanita bermunajat, ia memang ikhlas. 


Sebelum suami ke tempat kerja, isteri mendoakan kejayaan ketua rumah t
angga itu.Insya-Allah, dengan keikhlasan isteri, doa itu akan dimakbulkan 
dan suami mendapat kejayaan.Usaha yang disusuli dengan doa adalah 
faktor yang memberi kebahagiaan kepada rumah tangga.

Fenomena dalam masyarakat hari ini, menunjukkan kebanyakan pasangan 
hanya menampakkan kecantikan luaran dan tidak mengutamakan kecantikan 
dalaman.Ada pasangan yang hanya mahu tampil cantik lahiriah hingga 
mengabaikan kepentingan dan kehendak suami. Misalnya, isteri mahu 
kekal cantik tanpa menjaga makan minum suami hingga semuanya diserah
 kepada amah.Kadangkala suami pulang kerja kepenatan tetapi si isteri 
sibuk dengan kelas gim atau yoga.

Mana-mana suami suka jika pulang bekerja, mereka disambut dengan 
senyuman dan rumah yang kemas.Jika isteri cantik tetapi rumah tangga 
tidak terurus, anak tidak terjaga pakaian dan makan minumnya, ia akan 
menyebabkan suami cepat bosan dan tidak selesa di rumah.Justeru, 
sebagai isteri, mereka perlu tahu cita rasa suami dan memperbaiki
 kelemahan yang ada kerana rumah adalah tempat terbaik bagi 
memupuk kasih sayang keluarga.

Dalam usaha melahirkan keluarga bahagia, selain suami berperanan
 menjaga dan bertanggungjawab terhadap makan minum, isteri ada 
peranan tersendiri.Untuk menjadi isteri dan ibu cemerlang kepada
 sebuah rumah tangga bahagia, peranan wanita memang penting.

Jangan meminggirkan peranan isteri kerana mereka adalah kunci 
kebahagiaan suami.Isteri yang bijak, bukan saja mampu menjadi
 wanita yang cantik dari segi luaran dan dalaman tetapi berperanan 
dalam semua aspek.

Walaupun mereka memegang jawatan besar di syarikat, harapan 
yang disandarkan suami untuk menjadi suri terbaik dan ibu cemerlang
 mesti ditandai dengan kehebatannya menangani masalah anak-anak
 kerana ia melahirkan generasi masa depan yang cemerlang.
Wanita harus menjadi golongan yang serba boleh sama ada 
di pejabat mahupun rumah.

Kehebatan sesebuah keluarga banyak dipengaruhi perawatakan isteri 
yang bukan saja seorang wanita tetapi ibu dan isteri.Jika anak-anak 
yang lahir itu mulia akhlak dan hebat dalam pendidikan, ia menggambarkan 
betapa hebatnya peranan isteri membentuk mereka menuju kegemilangan.
Ini sekali gus membawa mereka menuju kecemerlangan rumah tangga.

No comments: