KISAHNYA

SABARLAH WAHAI HATI...


Tuhan yang beri kita rezeki, dan hanya Dia yang 
berkuasa mengambilnya semula.

Duit dalam genggaman kita, dalam akaun bank, 

dalam poket seluar mahu pun beg duit belum tentu 
lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin 
kehilangannya.

Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali 

kepada-Nya dengan tangan yang kosong. Tanpa wang,
 tanpa harta. Semuanya milik Allah. Dan Dia berhak 
atas segalanya.

Allah swt berfirman;

"Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu

 sebagai ujian bahawa sesungguhnya Allah pada 
sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar." 
- [Surah al-Anfal : 28]

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu

 dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh)
 dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya)
 kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.
 Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang 
yang sabar." - [Al-Baqarah 2:155]

Bila diuji, bersabarlah wahai hati.

Musibah datang dalam pelbagai cara. Musibah dan 

ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka
 yang celik hati dan akalnya.

Bila diuji, bagaimana penerimaan kita terhadap musibah 

tersebut? Apakah kita menerima ujian dari-Nya dengan 
hati yang terbuka, berlapang dada dan kembali 
muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan 
meningkatkan lagi amalan seharian..

Atau bagaimana?

Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan. 

Sedangkan mungkin juga, ujian itu merupakan salah satu 
peringatan kepada kita, supaya kembali dekat kepada-Nya, 
agar perbanyakkan amalan kepada-Nya, menadah tangan 
bermohon doa kepada Dia. 

Moga kita dijauhi dari api neraka dan dimasukkan ke syurga.

Kerana Dia kasihkan kita. Sekali-sekala Dia 'mengejutkan'

 kita dari lena yang panjang. Menyedarkan kita dari kealpaan 
dan kelalaian.